Thursday, May 1, 2008

Hak-hak Pekerja

Tahukah anda hak-hak anda sebagai seorang pekerja. Anda boleh mengetahui semua ini sekiranya anda mempunyai buku undang-undang buruh yang dikuatkuasakan di Malaysia. Terdapat 3 undang-undang buruh yang utama iaitu;
1. Akta Kerja 1955. Dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia.
2. Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) (Pindaan 2005) Dikuatkuasakan di Sabah.
3. Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) (Pindaan 2005) Dikuatkuasakan di Sarawak.
Selain dari itu terdapat juga undang-undang yang lain seperti Ordinan Pampasan Pekerja 1952, Akta Maklumat Pekerjaan 1952, Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dan lain-lain.
Tak kiralah siapa anda, samada anda pekerja atau majikan, peruntukan yang ada didalam undang-undang tersebut perlu di patuhi.
Sekiranya anda belum bekerja anda boleh layari laman web ini: www.mohr.gov.my/jcs.
Anda daftar diri anda dan carilah kerja yang sesuai untuk anda. Selamat berjya.

1 comment:

mykerjaya said...

EXSPO KERJA 2008.

Jabatan Tenaga Kerja Bahagian Kota Kinabalu menganjurkan Ekspo Kerja 2008 dan Hari Bertemu Pelanggan pada 16/8/2008 mulai jam 8.00pg hingga 5.00 ptg bertempat di Ruang Legar Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu. Seramai 37 majikan turut serta dengan menawarkan lebih dari 5000 kekosongan jawatan. Semua di jemput hadir dengan membawa resume dan sijil-sijil yang berkaitan.